Azizi Ali Millionaires Coach

   
Azizi Ali Millionaires Coach
Username Password
Books Malay
www.BookPlanet.com.my : an Online Bookstore   Click HERE to make your order from our sister site www.BookPlanet.com.my
Buku Bahasa Melayu

40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia BARU
oleh Khairul Anuar
154 mukasurat . RM29.90

Setiap individu yang pernah membeli hartanah di Malaysia pasti mengalami kerumitan dengan perundangan berkaitan hartanah. Buku versi terjemahan 40 Questions You Need To Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property In Malaysia ini akan menjawab segala persoalan dan memberi idea mengenai apa yang bakal dihadapi dalam proses pembelian hartanah.

Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari BARU
oleh Edwin John
160 mukasurat . RM29.90

Buku ini merupakan terjemahan daripada buku The 8-Day Internet Wonder . Ia memaparkan strategi unik dan inovatif serta memberi inspirasi kepada individu yang buat duit melalui bisnes Internet.

Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru BARU
oleh Wendy Koh
138 mukasurat . RM29.90

Buku ini ialah versi terjemahan The Millionaire Real Estate School for Beginners . Ia dilengkapi dengan langkah demi langkah yang praktikal dan strategi untuk membuat pelaburan. Bersesuaian untuk individu berpendapatan sederhana dan meminati bisnes hartanah. Buku ini bakal merintis kejayaan para pembaca untuk menceburi bidang pelaburan.

Tip-Tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia BARU
oleh KCLau
224 mukasurat . RM29.90

Buku ini adalah hasil terjemahan daripada buku best-selling, Top Money Tips for Malaysians. Buku ini secara amnya menerangkan idea tentang wang dan berkongsi tip-tip praktikal bagaimana hendak menjana wang, membuat simpanan, dan menjamin keselamatan wang anda.

Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat BARU
oleh Zaid Mohamad
184 mukasurat . RM39.90

Buku ini adalah hasil terjemahan daripada buku best-selling, Smart Parents, Brighter Kids. Paparan idea bijak mendidik anak-anak menjadi hebat dan cemerlang dalam buku ini pasti memberi inspirasi kepada para ibu bapa dalam mengatur strategi kukuh kearah masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka.

Ryan & Raihana BARU
oleh Razzlina Rahman
160 mukasurat . RM20.00

Segalanya bermula di Robert Gordon University, Edinburgh, Scotland. Raihana bertemu sang wira cintanya Ryan Broderick. Pertemuan yang tidak terduga itu membibitkan sebuah persahabatan yang erat. Namun bibit-bibit cinta mula terbit apabila mereka berjauhan. Ketika itu mereka menyedari yang mereka saling jatuh cinta. Tetapi jurang perbezaan agama dan budaya mewujudkan konflik yang menentang penyatuan cinta Ryan-Raihana. Dapatkah cinta Ryan-Raihana disatukan?

Idea Bisnes Kreatif BARU
oleh Syahril Jani
236 mukasurat . RM29.90

Buku ini mengajak pembaca berfikir secara kreatif dan keluar daripada kelaziman dengan mencipta kelainan dalam perniagaan. Penulisan buku ini bertujuan membekalkan pemikiran yang kreatif dalam mengolah perniagaan anda agar inovatif sekali gus menjana pendapatan yang lebih banyak.

Mengajar Jurujual Menari BARU
oleh Zamri Aminuddin
102 mukasurat . RM24.90

Buku ini akan membantu jurujual memahami konsep dan proses jualan secara bersemuka. Ia juga amat berguna untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang kejurujualan kerana konsep yang diketengahkan di dalam buku ini merupakan konsep yang mementingkan pendekatan ‘menang-menang' di antara jurujual dengan pelanggan.

Rahsia Jurus Pemikat Jualan BARU
oleh Zahrul Azua Kamaluddin
128 mukasurat . RM29.90

Buku ini adalah susulan daripada penulisan buku Rahsia Membina Senjata Jualan. Ia mengembangkan lagi konsep pemikat jualan dengan memanipulasi emosi pembeli. Jika anda inginkan jualan yang pasti, buku ini merupakan bahan bacaan yang tepat.

Anak Lelaki Kool & Hebat BARU
oleh Jamilah Samian
230 mukasurat . RM39.90

Buku hasil terjemahan daripada buku best-selling Cool Boys Super Sons' ini, mengesyorkan strategi praktikal yang boleh para ibu bapa amalkan dalam mendidik anak remaja mereka, supaya mereka lebih bertanggungjawab dan tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.

Kesihatan & Kewangan BARU
oleh Dr Ramli Tahir
170 mukasurat . RM29.90

Buku ini asasnya menceritakan hubung kait elemen kesihatan dan kewangan yang tidak diketahui umum. Kedua-dua elemen ini dikupas mendalam bagi menerangkan betapa pentingnya ia untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Penulis juga telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana kedudukan kewangan mempengaruhi masalah kesihatan seseorang individu terutamanya apabila kos perubatan yang semakin meningkat.

Wang Tersembunyi BARU
oleh Julmazli Dempollok
176 mukasurat . RM29.90

Buku ini memfokuskan tentang penjimatan. Seringkali kita boros berbelanja tanpa kita menyedarinya. Oleh itu penulis membawakan pembaca dekat dengan punca-punca dan faktor pengaliran keluar wang yang deras dalam perbelanjaan seharian. Tip bijak membelanjakan wang berlebihan juga dikongsi khas buat pembaca.

Jutawan Era Baru BARU
oleh Gobala Krishnan
248 mukasurat . RM39.90

Buku ini mengongsikan rahsia dan tip eksklusif bagaimana pemilik bisnes di Internet bermula dan berkembang maju. Justeru membolehkan mereka mempunyai gaya hidup seorang jutawan. Tip dan taktik pemasaran yang efektif untuk berdaya saing dalam bisnes Internet juga didedahkan. Malahan, peralihan tumpuan pada revolusi bisnes Internet juga dibincang rancak dalam buku ini.

Pewaris Jutawan BARU
oleh Ahmad Tarmizi Jusoh
186 mukasurat . RM39.90


Buku ini bukan sahaja menyasarkan para jutawan sahaja, malahan untuk sesiapa sahaja, walaupun harta yang dimiliki hanya sedikit. Ia sarat dengan tip dan nasihat yang mengajar pembaca supaya membuat perancangan urusan harta pusaka yang rapi dan teliti agar tidak terlepas pandang serta menimbulkan masalah di kemudian hari.

24 Jam Melawan Syaitan BARU
oleh Abu Shiddiq
148 mukasurat . RM29.90


Buku ini menceritakan secara terperinci betapa dahsyatnya bisikan dan godaan syaitan selama 24 jam terhadap umat manusia menjelangnya sakaratul maut. Oleh itu, penulis tidak lupa meninggalkan bekalan ‘senjata' buat pembaca tentang cara untuk melawan habis-habisan musuh Allah dan alam sejagat ini, agar semuanya pergi meninggalkan dunia dengan hayat yang beriman kepada Allah.

 
 
 

 

 
www.BookPlanet.com.my : an Online Bookstore   Click HERE to make your order from our sister site www.BookPlanet.com.my


   
   
   
Azizi Ali Millionaires Coach